Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gergasi Rasuah Minyak Sawit Tumbang, RM3.6 Bilion Disita

today18 June 2025

Background
Gergasi Rasuah Minyak Sawit Tumbang, RM3.6 Bilion Disita


Pihak Pendakwa Raya Indonesia (AGO) telah menyita aset bernilai lebih 11.88 trilion rupiah (kira-kira RM3.6 bilion) daripada lima anak syarikat kumpulan agribisnes berpangkalan di Singapura, Wilmar Group. Rampasan ini adalah susulan skandal rasuah yang melibatkan permit eksport minyak sawit mentah (CPO).

Memetik Harian Metro, Pengarah Pendakwaan Unit Jenayah Khas AGO, Sutikno, menyatakan bahawa syarikat-syarikat yang terlibat dalam skandal ini, iaitu Multimas Nabati Asahan, Multi Nabati Sulawesi, Sinar Alam Permai, Wilmar Bioenergi Indonesia, dan Wilmar Nabati Indonesia, telah menyerahkan wang rampasan tersebut.

Penyerahan ini adalah sebagai ganti rugi terhadap kerugian kewangan yang dialami oleh negara.

“”Kes ini berkaitan dengan penyalahgunaan permit eksport semasa larangan eksport sawit pada 2022, ketika Indonesia mengalami krisis minyak masak.

“Syarikat ini dituduh mengaut untung secara haram sepanjang tempoh itu,” katanya dalam sidang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post