Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ghea Indrawari Cipta Memori Indah Buat 1,200 Peminat

today10 May 2026

Background
Ghea Indrawari Cipta Memori Indah Buat 1,200 Peminat Di Malaysia


Kehangatan malam Jumaat di Zepp Kuala Lumpur memuncak apabila penyanyi Indonesia, Ghea Indrawari melabuhkan tirai konsert sulungnya, Rasi Jiwa dengan penuh memori.

Artikel Berkaitan: Tebus Kecewa Buat Peminat! Konsert Wali Band Kembali Lebih ‘Power’, Penuh Air Mata & Jiwa

Dihujani sorakan tanpa henti, konsert solo istimewa ini ternyata meninggalkan kesan mendalam buat para peminatnya di Malaysia.

Tampil buat pertama kali dengan konsert penuh di sini, Ghea membuktikan dia bukan sekadar ratu penstriman, tetapi seorang penghibur sejati yang mampu menghidupkan setiap lirik lewat emosi yang jujur.

Dengan kehadiran seramai 1,200 penonton, Ghea membuktikan muzik bukan saja perlu didengari, malah harus dirasai hingga ke lubuk hati menerusi kejujuran sebuah persembahan.

Malam anjuran Semangat Zaman Music & Entertainment itu bukan sekadar sebuah persembahan muzik, malah ia menjelma sebagai satu persinggahan emosi yang membawa penonton menyelami refleksi kehidupan.

Tirai persembahan dibuka…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hanis Zariman


Previous post