Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Giant tak naikkan harga barang

today2 April 2026

Background


SHAH ALAM – Giant Malaysia akan terus mengekalkan harga barang yang dijual di pasaraya serta pasar mininya selagi pihak pembekal tidak menaikkan harga.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia), Linda Phang berkata, pembekal kesemua barang dan produk masih lagi mengekalkan harga meskipun harga diesel serta petrol naik pada minggu lalu.

“Kita akan tengok dalam tempoh beberapa bulan ke depan. Sekiranya pembekal naikkan harga barang, kami tiada pilihan. Kami juga perlu naikkan harga jualan untuk memastikan kelangsungan perniagaan.

“Apapun, Giant akan pastikan kenaikan harga tidak akan membebankan pelanggan. Kemampuan pelanggan berbelanja sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya selepas Majlis Pelancaran Semula Giant Stadium Shah Alam di sini, hari ini.

Menurutnya, Giant kini menjual lebih 10,000 barang merangkumi pelbagai segmen seperti makanan, keperluan diri, perkakas rumah dan lain-lain.

Dalam pada itu, Linda memaklumkan Giant merancang membuka lima…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS


Previous post