Site icon Kool FM

Giliran Lee Zii Jia Hadiahkan Pingat Gangsa Olimpik Paris 2024 Yang Kedua Buat Malaysia


Kejayaan merangkul pingat gangsa tersebut diraih setelah pemain berusia 26 tahun itu menumpaskan Lakshya Sen dari India sebentar tadi.

Dalam aksi di Porte de La Chapelle itu Zii Jia menewaskan Lakshya Sen dalam aksi rubber set 13-21, 21-16, 21-11.

Menerusi kemenangan berkenaan,  Zii Jia merapatkan jurang kemenangan ke atas Sen 2-4.

Untuk rekod, Zii Jia yang menjadi prospek emas negara sebelum ini tewas kepada juara dunia 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn 14-21, 15-21 dalam aksi separuh akhir.

Terdahulu beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada Ahad melakar sensasi apabila mempamerkan kebangkitan untuk meraih gangsa setelah menewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-20, 22-20, 21-19.

Dalam pada itu, kejayaan yang diraih Zii Jia memletakkan dirinya sebagai pemain perseorangan Malaysia ketiga yang pernah memenangi pingat pada Sukan Olimpik.

Pemenang pertama ialah Datuk Rashid Sidek pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 apabila…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version