Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Giliran Safiq Rahim Diserang, Keretanya Dipecahkan & Diketuk Dengan Tukul Besi

today8 May 2024

Background


Menurut sumber, pemain bola sepak bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim, telah didatangi dua lelaki tidak dikenali menaiki motosikal selepas mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor, kira-kira jam 10 malam.

Difahamkan semasa kejadian, kereta Honda City dipandu Safiq dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.

“Pembonceng motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta dipandu Safiq menyebabkan dia memberhentikan kenderaan.

“Dua lelaki terbabit kemudian yang berhenti menunjukkan tukul sebelum Safiq mengundurkan keretanya dan beredar dari lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya, kejadian itu menyebabkan cermin bahagian belakang kereta pemain bola sepak kebangsaan terbabit pecah.

Laporan polis telah pun dibuat Safiq di Balai Polis Larkin kira-kira jam 11 malam tadi.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Ekonomi

Mesyuarat MPC bermula hari ini

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras tiga peratus susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Rabu dan Khamis ini, me­nurut Standard Chartered Global Research.

today8 May 2024