Site icon Kool FM

Gimik Di Pentas AJL Beri Kesan Kepada Kualiti Lagu?

Bila Pentas AJL Semakin Hebat, Adakah Lagu Pula Semakin Tenggelam Di Sebalik Gimik Persembahan Finalis?


Bila sebut sahaja Anugerah Juara Lagu (AJL), minda kita bukan sahaja terbayang siapa yang bakal memegang trofi emas berprestij itu, tetapi juga satu soalan wajib yang bermain di bibir netizen setiap tahun: ‘Apa gimik artis malam ni?‘

Menjelang AJL40 yang bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil, menarik untuk melihat sejauh mana pentas berprestij ini sudah berubah sepanjang empat dekad.

Jika dahulu kekuatan sesebuah persembahan banyak bergantung kepada lagu, vokal, susunan muzik dan karisma penyanyi, hari ini finalis AJL hadir dengan pakej yang jauh lebih besar.

Ada penceritaan, koreografi, pencahayaan, ilusi, prop bersaiz gergasi sehinggalah fesyen avant-garde yang eksperimental dan jauh daripada kebiasaan.

Persoalannya, apabila persembahan semakin besar dan visual semakin luar biasa, adakah semua itu membuatkan sesebuah lagu lebih berkesan atau sebenarnya menyebabkan kita lebih mengingati gimik berbanding lagu yang dipertandingkan?

Artikel Berkaitan:

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version