Syarikat GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) baru-baru ini menjadi perhatian selepas timbulnya tuduhan jenayah dan ajaran sesat yang dikaitkan dengan operasi mereka.
Namun, dalam satu kenyataan tegas, GISBH menafikan sebarang penglibatan dengan ajaran yang difatwakan sesat di negara ini.
GISBH bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa, termasuk polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan pihak berkuasa agama negeri-negeri.
Ini bagi memastikan segala isu diselesaikan secara telus dan adil, seiring dengan prinsip syarikat yang mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak penubuhannya pada tahun 2012.
Sebelum ini tular beberapa kenyataan di media sosial apabila GISBH didakwa menggunakan agama dan kanak-kanak untuk kepentingan perniagaan, termasuk meminta derma.
Tuduhan ini turut memaksa Cawangan Khas (SB) Bukit Aman untuk memantau organisasi tersebut setelah menerima empat laporan polis berkaitan eksploitasi kanak-kanak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: