
Penyokong Crystal Palace kini sedang meraikan satu lagi kejayaan bersejarah buat kelab mereka.
Jean-Philippe Mateta muncul wira apabila The Eagles menewaskan wakil LaLiga, Rayo Vallecano 1-0 dalam aksi final Conference League yang cukup mendebarkan di Leipzig awal pagi tadi.
Ia merupakan gelaran Eropah pertama dalam sejarah panjang Palace, dicapai dalam penampilan sulung mereka di pentas benua Eropah selepas menjuarai piala major pertama kelab mereka, Piala FA musim lalu.
Kejayaan itu juga menjadi hadiah perpisahan sempurna buat pengurus Oliver Glasner, yang mengendalikan perlawanan terakhirnya bersama Palace sebelum meninggalkan Selhurst Park musim panas ini sebaik kontraknya tamat.
Pengendali dari Austria itu meninggalkan kelab selepas dua tahun yang cukup luar biasa sehingga menjadikannya pengurus paling berjaya dalam sejarah Palace. Sebelum ini, dia sudah menghadiahkan trofi utama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: