GEORGE TOWN – Salah satu pengeluar semikonduktor terkemuka dunia, GlobalFoundries (GF) melabur sebanyak RM4.7 juta untuk membuka hab baharu di Bayan Baru, di sini.
Ketua Pegawai Pengilangan GF, Ang Kay Chai berkata, hab baharu itu berfungsi sebagai pusat kawalan operasi global kilang-kilang syarikat berkenaan di Amerika Syarikat, Singapura dan Eropah.
Menurutnya, kemudahan pusat kawalan operasi global yang pertama syarikat berkenaan akan mewujudkan 300 peranan sokongan pembuatan bernilai tinggi termasuk juruteknik, jurutera, fungsi pentadbiran dan sokongan.
”Operasi baharu di Pulau Pinang akan memastikan semua kilang GF di peringkat global seperti di Singapura, Amerika Syarikat dan Eropah mempunyai sokongan asas sepanjang masa.
”Kewujudan pusat kawalan operasi global kilang-kilang ini membolehkan syarikat mengekalkan daya tahan rantaian bekalan dan kemampanan untuk operasi global.
“Selain itu, GF juga dapat meneruskan komitmen untuk memenuhi permintaan pasaran bagi cip…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
