PETALING JAYA – Globetronics Technology Bhd (GTB), pemain dalam industri pemasangan dan ujian semikonduktor penyumberan luar (OSAT) dan semikonduktor, telah mengambilalih kepentingan sebanyak 30.85 peratus di dalam Mpire Global Berhad (Mpire Global) dengan nilai RM45.05 juta.
Pengambil alihan kepentingan itu dibuat menerusi anak syarikat milik penuhnya, Globetronics (KL) Sdn. Bhd. (GKL) dibiayai sepenuhnya daripada dana dalamannya.
Menurut kenyataan, pengambilalihan tersebut tidak akan menjejaskan struktur modal atau kedudukan penggearan GTB secara material, memastikan kestabilan kewangan yang berterusan.
“Pelaburan tersebut dijangka menambah pendapatan untuk GTB, mengukuhkan prestasi kewangan Kumpulan dalam jangka sederhana dan panjang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Selain itu, GTB menerangkan, pihaknya melihat pemerolehan dalam Mpire Global ini sebagai peluang strategik yang sejajar dengan komitmen syarikat terhadap pertumbuhan dan kepelbagaian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
