PETALING JAYA – Glomac Berhad hari ini mengumumkan hasil belum diaudit sebanyak RM78.4 juta bagi suku kedua tahun kewangan semasa yang berakhir pada 30 April 2023 (TK2023), berbanding RM75.4 juta yang dicapai pada suku sama TK2022.
Keuntungan sebelum cukai berjumlah RM17.5 juta, manakala keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat (PATMI) adalah RM11.8 juta.
Dalam tempoh enam bulan TK2023, hasil Kumpulan meningkat 38 peratus kepada RM143.9 juta berbanding RM104.2 juta tahun sebelumnya. Glomac melaporkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM25.4 juta, manakala PATAMI meningkat 28 peratus kepada RM17.0 juta.
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar berkata, strategi pembangunan Kumpulan kekal tertumpu pada segmen pasaran pertengahan.
“Kami berhasrat untuk meningkatkan aktiviti pembangunan dengan pengurusan serta kedudukan kewangan yang kukuh, dan projek pembangunan berpotensi dianggarkan bernilai sekitar RM8 bilion yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: