KUALA LUMPUR – Glomac Berhad optimis untuk mencapai jualan lebih baik bagi tahun kewangan semasa yang berakhir pada 30 April 2023, berbanding RM160 juta yang dicatat tahun lalu.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri FD Iskandar Mohamed Mansor berkata, tahun ini pihaknya telah merekodkan jualan sekitar RM125 juta, meskipun suku tahun kedua tahun kewangan semasa masih belum berakhir.
“Kami kehilangan hampir lapan bulan tahun lalu disebabkan pandemik, pembeli kebiasaannya mahu ke galeri jualan untuk melihat sendiri hartanah terutamanya bagi kediaman hartanah.

“Syarikat bakal melancarkan projek baharu bernilai RM459 juta tahun ini, berkemungkinannya pada suku tahun ketiga dan kempat kerana kami ingin melihat terlebih dahulu sama ada situasi pasaran semasa akan bertambah baik,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Menara Glomac selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kumpulan yang ke-38 di semalam.
Pada mesyuarat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
