PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Glomac Technology Sdn. Bhd (GTSB), anak syarikat pemaju hartanah, Glomac Berhad untuk meneroka potensi peluang perniagaan solar terapung di samping solar lain serta projek kemudahan hijau di tapak yang akan dikenalpasti dan dipersetujui bersama.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, kerjasama strategik ini akan membolehkan kedua-dua pihak memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat terhadap tenaga hijau.
Ia juga akan dapat meningkatkan nilai perniagaan mampan TNB dan Glomac dalam membangunkan keupayaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi negara neutral karbon menjelang 2050.
“TNB sebagai syarikat utiliti tenaga negara akan membantu pelanggan dan rakan kongsi kami untuk meneroka nilai mampan mereka ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: