Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

GM Klang serlah keunikan budaya Malaysia

today16 September 2021

Background


BANDAR Diraja Klang, yang terletak di lokasi strategik di tebing Sungai Klang memiliki sejarah panjang sebagai pusat komersil penting dalam kalangan pedagang yang hadir mengikut jalan air dari Selat Melaka.

Kini, kawasan tersebut terus memainkan peranan sebagai pusat ekonomi rakyat tempatan dengan menempatkan pusat beli belah borong terbesar di Malaysia, GM Klang yang mempunyai lebih 2,500 kedai di bawah satu bumbung.

Selain menawarkan pelbagai rangkaian produk termasuk fesyen, penjagaan diri & kesihatan, dekorasi & keperluan rumah, aksesori & keperluan perkahwinan, hadiah & cenderamata, permainan serta barangan teknologi maklumat (IT), ia turut dilengkapi fasiliti selesa dengan penyediaan pelbagai restoran serta tarikan menarik untuk seisi keluarga.

Tidak hairanlah GM Klang berjaya menarik sekitar tujuh juta pengunjung setahun sebelum pandemik melanda.

GM Klang diiktiraf sebagai pusat beli-belah borong terbesar negara oleh Malaysia Book of Records.

Pelancaran kempen GM Love Klang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Sukan

Bagi masa buat Messi – Pochettino

Paris: Lionel Messi tampil buat kali pertama dalam kesebelasan utama Paris Saint Germain (PSG) ketika mereka mencatat keputusan seri 1-1 menentang Club Brugge dalam Liga Juara-Juara (UCL).

today16 September 2021