KLANG – Setelah 16 tahun menjadi destinasi borong rakyat Malaysia, GM Klang meraikan pencapaian tersebut dengan menambah waktu operasi pusat membeli-belah tersebut bermula pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam setiap hari, bermula 1 November ini.
Kini waktu operasinya bermula pukul 10 pagi dan berakhir pukul 7 malam.
Pengurus Kanan Komunikasi Jenama GM Klang, Norsuhaida Othman berkata,inisiatif tersebut bukan sekadar pelanjutan waktu, tetapi satu hadiah istimewa buat para pelanggan yang telah setia menyokong sejak hari pertama.
“Kini, GM Klang menawarkan lebih peluang untuk membeli-belah, menjamu selera dan menikmati pelbagai pengalaman baharu yang lebih santai, fleksibel dan menyeronokkan dari pagi hingga ke malam.
“Sebagai simbolik kepada hari pertama pelaksanaan waktu operasi baharu ini, GM Klang akan menganjurkan acara istimewa bertemakan ‘Ceritera Selangor’ pada 1 November ini. Acara tersebut akan disempurnakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang, Datuk Abd….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: