PETALING JAYA – Gogopasar (Gogopasar), syarikat pemula niaga di bawah Kumpulan FGV Holdings Berhad (FGV) telah dipilih menjadi penerima anugerah Bintang e-Dagang Agro bersempena majlis penyampaian anugerah Agro Award bersempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA 2022) baru-baru ini.
Majlis penyampaian anugerah itu telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lynn Alias baru-baru ini.
Selain anugerah, Gogopasar turut menerima hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 beserta trofi.
Mengulas mengenai kejayaan tersebut, Lynn menjelaskan, pemilihan tersebut berdasarkan kepada faktor keunikan yang dimiliki syarikat berbanding pemain dalam platform e-dagang yang begitu aktif dalam memainkan peranannya memberi manfaat kepada komuniti dengan menjalankan program tanggung jawab sosial korporat (CSR) bersama badan bukan kerajaan serta sektor swasta selain agensi kerajaan.

“Pada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: