Paris Saint-Germain (PSG) membawa kelebihan tipis menjelang aksi kedua separuh akhir UEFA Champions League (UCL) 2024/25 selepas menang 1-0 ke atas Arsenal di Emirates Stadium sebentar tadi.
Kemenangan penting itu hadir menerusi jaringan awal yang dicipta Ousmane Dembele dan ketangkasan penjaga gol, Gianluigi Donnarumma dalam menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya dijelmakan pemain tuan rumah.
Baca Juga:
Ketika aksi hanya empat minit berlangsung, Dembele menceriakan kem PSG dengan percubaan dalam kawasan penalti yang gagal diselamatkan David Raya selepas beliau mendapat umpanan pemain sayap lincah, Khvicha Kvaratskhelia.
Jaringan itu jelas meningkatkan moral barisan pemain PSG untuk terus mengatur asakan dan Marquinhos menguji gawang Arsenal pada minit ke-13.
Berpunca daripada hantaran jauh Achraf Hakimi, kapten PSG itu melonjak tinggi untuk melakukan tandukan ke arah pintu gol lawan, namun Raya dengan tenang menangkap kemas percubaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
