Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gol Ferran Torres Hadiahkan Kejuaraan Piala Dunia 2026 Buat Sepanyol

today20 July 2026

Background
Sepanyol


Sepanyol akhirnya kembali bergelar juara dunia selepas menewaskan Argentina 1-0 dalam aksi final Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Stadium MetLife, New Jersey sebentar tadi.

Kemenangan manis itu menyaksikan La Roja menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah selepas kali pertama melakukannya pada edisi 2010 di Afrika Selatan.

Piala Dunia 2026 Milik Sepanyol

Sepanyol yang lebih menguasai permainan mendapat peluang terbaik seawal minit kelima tetapi percubaan ‘placing’ leret jarak dekat oleh Lamine Yamal dihalang Lisandro Martinez dan kemudiannya diselamatkan penjaga gol, Emiliano Martinez.

Tidak seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini, Argentina jelas berdepan kesukaran untuk mempamerkan aksi terbaik mereka apabila Rodri mengemudi jentera tengah Sepanyol dengan baik.

Gol Ferran Torres Hadiahkan Kejuaraan Piala Dunia 2026 Buat Sepanyol
Kredit Foto: CHARLY TRIBALLEAU / AFP

Malah, Lionel Messi juga tidak mampu untuk menyerlahkan kemampuan hebatnya. Sebaliknya, skuad kendalian Luis de la Fuente…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post