Tonggak skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohamad Awalluddin Mat Nawi cemerlang dengan dua gol dalam membantu pasukannya menundukkan Selangor 3-0 pada aksi kedua Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2025, malam tadi.
Kemenangan penting dilakarkan di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam terus meletakkan JDT pada kedudukan teratas liga dengan kelebihan perbezaan jaringan walaupun terikat enam mata bersama Pahang Rangers.
Baca Juga:

Selepas lapan minit yang cukup menarik dengan kedua-dua penjaga gol cemerlang menafikan deretan percubaan ke kubu masing-masing, Awalluddin menjelmakan kemampuan hebatnya untuk merobek gawang Selangor pada minit kesembilan.
Berpunca daripada hantaran jauh dilakukan penjaga gol JDT, Azrul Hadee Mohd Taufiq yang terus mencari Awalluddin di kawasan Selangor, pemain skuad…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: