Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Sri Pahang mencatatkan kemenangan dramatik pada aksi pusingan pertama Piala FA 2023 selepas menundukkan Perak 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.
Kemenangan penting dilakarkan itu menyaksikan Sri Pahang akan bertemu Selangor di gelanggang lawan pada pusingan kedua (16 pasukan terbaik).
Sri Pahang yang dibimbing legenda Singapura, Fandi Ahmad memulakan aksi dengan beberapa serangan ke arah pintu gol Perak tetapi percubaan leret Sergio Aguero dalam kawasan penalti pada minit ketujuh berjaya diselamatkan penjaga gol, Bryan See Tian Keat.
Berselang enam minit kemudian, Kpah Sherman turut mendapat peluang dalam kawasan penalti, namun pertahanan Perak kental bertahan untuk menghalang pemain import dari Liberia itu melakukan percubaan.
Selepas itu, giliran Muhamad Nor Azam Azih pula kecewa apabila tandukannya ketika beliau tidak dikawal pemain pertahanan tuan rumah sekadar meliar….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: