Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gol Penalti Tielemans ‘Extra Time’ Lengkapkan Kebangkitan Epik Belgium Atasi Senegal

today2 July 2026

Background
Piala Dunia 2026: Gol Penalti Tielemans 'Extra Time' Lengkapkan Kebangkitan Epik Belgium Atasi Senegal


Belgium bangkit daripada ambang penyingkiran sebelum menewaskan Senegal 3-2 selepas masa tambahan dalam aksi penuh drama di pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Pape Thiaw kelihatan berada di landasan tepat untuk melakar satu lagi kejutan apabila mendominasi sebahagian besar perlawanan.

Habib Diarra membuka tirai jaringan pada minit ke-25 selepas memanfaatkan bola muntah, sebelum Ismaïla Sarr menggandakan kelebihan sejurus babak kedua bersambung untuk meletakkan Senegal selesa di hadapan.

Belgium yang bergelut sepanjang lebih 80 minit bagaimanapun enggan mengibarkan bendera putih.

Romelu Lukaku menghidupkan semula harapan menerusi jaringan pada minit ke-86, sebelum Youri Tielemans meledak gol penyamaan tiga minit kemudian bagi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post