Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Switzerland memulakan kempen Piala Dunia 2022 dengan nota kemenangan selepas berjaya menundukkan Cameroon 1-0 pada aksi kumpulan G yang berlangsung di Al Janoub Stadium, Al Wakrah Qatar sebentar tadi.
Aksi berbalas serangan ditampilkan kedua-dua pasukan tetapi Cameroon yang dibimbing Rigobert Song kelihatan lebih banyak menjelmakan serangan tepat ke arah pintu gol Switzerland.
Permainan di babak pertama juga menyaksikan Cameroon lebih berbahaya dengan dua percubaan tepat menerusi Bryan Mbeumo dan Martin Hongla manakala tiada sebarang seragan tepat dimiliki Switzerland.
Namun penjaga gol berpengalaman Switzerland, Yann Sommer cemerlang di gawangnya daripada dibolosi untuk menggagalkan dua percubaan berbahaya tersebut.
Kem Switzerland melonjak kegembiraan pada minit ke-48 apabila Breel Embolo yang tidak dikawal pertahanan Cameroon dengan tenang menolak masuk bola hasil hantaran lintang dilakukan pemain sayap, Xherdan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: