PETALING JAYA – Golongan muda di negara ini dilaporkan berasa tertekan dengan bebanan pekerjaan mereka, berdasarkan Kaji Selidik Global Gen Z dan Millenial 2022 yang dilaksanakan oleh firma perkhidmatan professional, Deloitte.
Kaji selidik tersebut menakrifkan golongan Gen Z sebagai mereka yang dilahirkan antara Januari 1995 dan Disember 2003, manakala Millenial adalah kumpulan yang lahir antara Januari 1983 dan Disember 1994.
Menurut kaji selidik berkenaan, 65 peratus daripada Gen Z di Malaysia merasai keletihan melampau (burn out) disebabkan intensity/permintaan pekerjaan mereka, lebih tinggi berbanding kadar global pada 46 peratus.
Sementara itu, 48 peratus daripada kumpulan Millenial di negara ini turut merasakan perkara sama, juga lebih tinggi daripada kadar global iaitu hanya 45 peratus.

Pengarah Konsultan Deloitte Asia Tenggara, Lee Yun-Han berkata, lebih daripada separuh populasi bekerja di Malaysia diwakili oleh kumpulan Gen Z dan Millenial dan mereka sangat bimbang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: