Google dilaporkan bakal labur sekitar RM4 bilion hingga RM5 bilion untuk pembinaan Fasa 2 pusat data (DC) di Elmina Business Park (EBP).
Menurut Harian Metro, Penganalisis RHB Research, Loong Kok Wen, berkata anggaran pelaburan itu berdasarkan kapasitinya yang mungkin mencecah sekitar 200 hingga 250 megawatt (MW), mengikut saiz tanah dan jumlah nilai sewaan.
“Di samping pelaburan RM1.5 bilion hingga RM2 bilion untuk Fasa 1 (daripada kira-kira 100 MW), Google melaburkan sejumlah RM5.5 bilion hingga RM7 bilion dalam EBP.
“Hal ini mendorong keyakinan untuk prospek pertumbuhan EBP, dan patut menarik lebih ramai syarikat pembuatan untuk menubuhkan kemudahan pengeluaran mereka di kawasan ini,” katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.
Kok Wen berkata, setakat ini, EBP menerima minat yang menggalakkan daripada banyak industri sampingan dalam rantai bekalan DC seperti pembuatan menara penyejuk.
“Kami menjangka EBP dan perbandaran Elmina akan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: