Gergasi teknologi, Google telah memecat 28 pekerja yang didakwa terlibat dalam protes di pejabatnya kerana membantah kontrak dengan Israel, lapor The Verge melalui memo dalaman yang diperoleh.
Selain memecat, Google juga bertindak menggantung dan menahan sembilan individu yang terlibat dalam protes di New York dan California awal minggu ini.
Protes itu terjadi para pekerja mengecam tindakan Google yang bersetuju untuk menyertai Project Nimbus, sebuah projek bersama dengan kerajaan Israel dan Amazon bernilai $1.2 bilion.
Pekerja yang dipecat difahamkan adalah mereka yang berada di barisan hadapan demonstrasi, malah ada yang bekerja secara terus dengan Ketua Pegawai Eksekutif Google Cloud Thomas Kurian.
Chris Rackow, ketua keselamatan global Google, melalui memo yang diedarkan untuk semua pekerja pada Rabu lalu mengecam protes tersebut sambil melabelkan tingkah laku tersebut sebagai tidak boleh diterima dalam budaya kerja…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: