Site icon Kool FM

Grab bakal lancar GrabFin – Kosmo Digital


PETALING JAYA – Grab Financial Group semalam mengumumkan bakal melancarkan GrabFin, iaitu jenama baharu untuk pembayaran digital, insurans, pinjaman dan pengurusan kekayaan.

GrabFin menawarkan pengguna pintu masuk tunggal untuk mengakses perkhidmatan pembayaran, pelaburan dan insurans pada aplikasi Grab.

Perkhidmatan tersebut dilihat menepati kehendak pengguna berdasarkan tinjauan oleh firma penyelidikan pasaran, Nielsen baru-baru ini, bahawa tiga daripada lima pengguna lebih suka mengakses semua perkhidmatan kewangan mereka pada satu platform bersepadu.

Jenama baharu itu turut mencerminkan komitmen Grab untuk memperkasakan komuniti di rantau Asia Tenggara dengan akses kewangan yang lebih meluas.

Selepas pelancaran di Si­ngapura dan Malaysia, GrabFin akan dilancarkan secara berpe­ringkat di pasaran Asia Tenggara yang lain dalam beberapa bulan akan datang.

Ketua Grabfin, Kell Jay Lim berkata, platform aplikasi super Grab, kepakaran teknologi mendalam dan unjuran dipacu data…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version