Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Syarikat pengangkutan gergasi Grab dilaporkan telah mengambil alih Trans-Cab, pengendali teksi ketiga terbesar Singapura. Nilai perolehan dianggarkan berjumlah US$ 100 juta atau sekitar RM344.8 juta.
Artikel Berkaitan:
Menurut sumber Straits Times, pengambilalihan ini akan melibatkan pengurusan sekitar 2,200 unit teksi dan lebih 300 kenderaan sewa persendirian.
Straits Times turut menyatakan bahawa rundingan itu telah berjalan selama dua bulan dan dijadualkan selesai minggu ini. Difahamkan bahawa Grab dan Trans-Cab enggan mengulas mengenai perjanjian itu ketika dihubungi oleh Straits Times.
Menurut kenyataan terbaru yang disiarkan oleh Pihak Berkuasa Perakaunan dan Kawal Selia Korporat, Trans-Cab Holdings mempunyai jumlah ekuiti sebanyak US$ 62.7 juta pada akhir 2020.
Pada 2021, ia melaporkan kira-kira US$ 8.7 juta dalam keuntungan bersih dan AS$ 81.1 juta dalam hasil. Syarikat itu mempunyai wang tunai dan bersamaan dengan AS$ 7.6…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: