Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pada hari Rabu lalu seorang pemandu Toyota Hilux pitam ketika memandu lalu merempuh beberapa buah kenderaan lalu terbabas di kanan jalan dan melanggar rumah kedai di Taman Jenaris, Kajang.
Dalam rakaman video yang tular di seluruh media sosial, ternampak kelibat seorang rider GrabFood berusaha menyelamatkan mangsa yang pitam itu.
Pada awal rakaman video itu, kelihatan dia mengetuk-getuk tingkap bahagian penumpang untuk menyedarkan pemandu trak pikap tersebut. Semasa Toyota Hilux itu terbabas dan melanggar rumah kedai, rider itu juga antara orang yang terawal sampai untuk melihat keadaan pemandu yang pitam itu dengan lebih lanjut.
Rider2 grab/foodpanda memang selalu berjasa lah bile ada kemalangan mcm ni. In my case pon sama jugak, rider grab yang berbakti halang org mabuk yg langgar kereta saya daripada lari. Thanks rider2 grab and food panda sume. The real heroes😎👍💪
— Zayn🐝…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
