PETALING JAYA – Promosi Minggu Peniaga Kecil anjuran Grab Malaysia pada bulan September ini dijangka memanfaatkan kira-kira 39,000 peniaga kecil.
Pengarah Urusan Grab Malaysia (Grab), Sean Goh berkata, usaha ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil dalam bidang makanan dan minuman (F&B) tempatan membiasakan diri dalam norma baharu serta untuk memenuhi permintaan dalam perkhidmatan online yang terus meningkat pada masa sekarang.
Menurut beliau, dari tarikh 24 hingga 30 September, pengguna Grab boleh menikmati potongan sebanyak 30 peratus untuk pesanan melebihi nilai RM20 dengan kod promosi PENIAGAKECIL.
“Semasa GrabFood memulakan operasinya, kami ingin mencipta suatu rangkaian yang telus dengan mengenakan caj berdasarkan pesanan yang terlaksana dan bukan sekadar klik atau pandangan sahaja.
“Kami juga berharap model kejayaan bersama ini akan dapat membina platform yang kondusif untuk semua perniagaan sama ada besar atau kecil agar mereka dapat berkembang maju secara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
