Site icon Kool FM

Grab Lejen rai rakan pemandu, penghantar yang merubah komuniti


PETALING JAYA – Grab Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Grab Lejen, inisiatif yang julung kali diadakan bagi meraikan rakan-rakan pemandu dan penghantarnya yang selama ini terbukti menjadi gagasan mantap dalam memastikan kesejahteraan masyarakat.

Ia bertujuan memperakui kisah perjuangan komuniti Grab yang telah berhempas pulas menghulur khidmat bakti sebagai petugas barisan hadapan bagi memanfaatkan warga Malaysia di samping memperkasa punca pencarian dengan pelbagai manfaat tambahan.

Pengarah Operasi Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, rakan-rakan pemandu dan penghantar Grab telah membuktikan walaupun tahun ini cukup getir, semua cabaran dan dugaan dihadapi dapat diatasi berkat kerjasama sebagai satu bangsa dan negara.

“Kami berharap inisiatif ini, yang bakal menjadi acara tahunan menjadi wadah terbaik untuk kami meneruskan usaha mengiktiraf jasa baik rakan Grab di atas khidmat serta keprihatinan mereka membantu warga Malaysia.

“Grab turut berhasrat meningkatkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version