Kool FM

Grab Malaysia Buka Peluang Kepada Lebih 5,000 Rakan OKU


Grab Malaysia sekali lagi membuktikan komitmen mereka terhadap keterangkuman apabila berjaya memperkasa lebih 5,000 rakan Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negara untuk menjana pendapatan melalui platform mereka.

Pencapaian ini diraikan sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa menerusi penganjuran Karnival OKU Grab Malaysia 2025, yang diadakan buat kali kedua dan menghimpunkan rakan pemandu serta penghantar OKU bersama keluarga mereka.

Menerusi angka ini, Grab Malaysia kini mencatat perwakilan rakan OKU terbesar di rantau Asia Tenggara sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara platform e-hailing paling inklusif di rantau ini.

“Masih banyak yang perlu dilakukan” – Grab Malaysia

Grab Malaysia Buka Peluang Kepada Lebih 5,000 Rakan OKU

Menurut Rashid Shukor, Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara Grab Malaysia, kejayaan ini bukan penamat kepada usaha mereka.

“Kami amat berterima kasih atas kepercayaan komuniti OKU terhadap Grab Malaysia sebagai platform mencari rezeki. Walaupun kami…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version