Seorang penumpang Grab terkejut apabila seorang pemandu e-hailing itu meminta dia mengeluarkan kad pengenalan dan lesen untuk digunakan membeli minyak subsini RON95 menerusi program BUDI95.
Mus berkongsi pengalaman yang dianggap tidak selesa itu di Threads.
Mus menulis: “Kalau kita naik Grab kemudian tiba tiba pemandu Grab driver minta tolong nak isi minyak nak guna budi pakai lesen dan kad pengenalan penumpang, patut buat aduan tak Grab Malaysia?
“Dan sudah tentu saya jawab tak mahu [bagi kad pengenalan dan lesen memandu]!”
Grab Malaysia membuat permohonan maaf dan memahami bahawa ada sesetengah pemandu mungkin berdepan masalah kekurangan kuota minyak. Tetapi menurut Grab Malaysia, keselamatan dan privasi penumpang tetap menjadi keutamaan.
Grab membalas: “Memang tak patut kongsi IC dengan sesiapa pun. Kami faham ada rakan pemandu yang mungkin kekurangan kuota minyak, tapi keselamatan dan privasi tetap paling penting.
“Terima kasih…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: