Menurutnya, kejayaan Ibrahim membuktikan sijil kompetensi dan profesional bidang TVET mampu membawa seseorang individu mendapat kerja sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Hebat anak muda berasal dari Merlimau, Melaka, yang bernama Ibrahim ini. Menurut Ibrahim, semua ‘batch’ beliau lepasan IKM Kuala Lumpur mendapat pekerjaan bergaji serupa dalam bidang sama dengannya. Beliau amat berbangga menjadi ‘anak MARA’.
“Siapa kata lulusan TVET tidak boleh berjaya? Bidang kemahiran dan vokasional yang ditawarkan MARA sama ada di GiatMARA, IKM, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Malaysia-Japan Industrial Institute (MJII) mahupun pada peringkat tertinggi seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan German-Malaysian Institute (GMI), terbukti mampu melahirkan ramai tenaga kerja mahir bukan saja untuk negara bahkan ke peringkat antarabangsa.
“Ibrahim adalah satu contoh bagaimana hanya dengan sijil kompetensi dan profesional bidang TVET, boleh mendapat kerja bergaji besar sehingga diiktiraf pada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: