PETALING JAYA – Fathiri Fadzlah Holdings Sdn. Bhd. pemilik pasar raya yang memberi tumpuan kepada penjualan barangan basah segar, Grocer Mart mengunjurkan membuka 2,000 cawangan menjelang tahun 2025.
Pengasas syarikat, Datuk Fathiri Fadzlah berkata, buat masa ini, syarikat membuka cawangan sulungnya di Prima Sri Gombak dengan pelaburan melibatkan lebih daripada RM500,000.
Menurut beliau, syarikat bakal membuka cawangan keduanya menjelang akhir tahun ini di Bandar Seri Putra, Bangi bagi meluaskan pengembangan pasaran dan rangkaiannya di seluruh negara.

“Kami menggunakan dana dalaman dan sokongan daripada rakan pelabur untuk menjayakan projek ini.
“Melalui penambahan cawangan baharu secara berperingkat ini akan memberi peluang untuk menawarkan peluang berniaga kepada pembekal sayur-sayuran, barangan basah lain selain hidupan laut dan ayam segar serta peluang pekerjaan kepada masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Grocer Mart…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
