Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Group FB’ Tawar Jual Buah Pinggang RM500,000 Hilang

today9 August 2024

Background


Sebuah kumpulan di Facebook yang menawarkan jualan buah pinggang dengan harga mencecah RM500,000 telah dipadam selepas mendapat perhatian ramai.

Menurut Free Malaysia Today, kumpulan yang dikenali sebagai “Mencari Penderma Buah Pinggang,” telah beroperasi sejak Disember 2022 dan berjaya menarik seramai 695 ahli sebelum ia ditutup.

Kejadian ini membuka mata masyarakat bahawa wujudnya pasaran gelap yang menjual buah pinggang dan lebih menakutkan apabila ia beroperasi di laman media sosial.

Pengguna dalam kumpulan ini dilaporkan menawarkan buah pinggang mereka untuk dijual dengan harga antara RM10,000 hingga RM500,000.

Tindakan nekad ini dipercayai berlaku disebabkan desakan hidup, khususnya mereka yang terdesak untuk melunaskan hutang.

Tekanan ekonomi telah memaksa individu untuk membuat keputusan yang diluar nalar.

Menurut laporan sama, Dr Zainal Ariffin Omar, bekas pengarah kesihatan Pahang pernah menyuarakan kebimbangan beliau terhadap jualan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post