Kopiko merupakan antara gula-gula kegemaran rakyat Malaysia sejak lama dahulu. Ramai yang yang menyangka Kopiko merupakan jenama dari Malaysia tetapi sebenarnya ia adalah produk daripada Indonesia.
Terbaharu, gula-gula Kopiko membuat kemunculan dalam drama Korea, Vincenzo dan babak tersebut telah menarik perhatian ramai terutama sekali peminat drama Korea dari Asia. Untuk pengetahuan anda, gula-gula Kopiko ini cukup dikenali di negara-negara Asia dan juga Amerika Syarikat.
Lantaran kemunculan gula-gula Kopiko, rata-rata netizen berasa terkejut dan juga berharap harga gula-gula tersebut tidak akan naik disebabkan telah dipromosikan dalam drama Vincenzo.

Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.