Mengajar anak mengira bukanlah satu perkara mudah dan pelbagai cara perlu dicuba untuk menarik minat anak terhadap matematik. Biasanya ibu ayah akan mengeluarkan wang untuk membeli buku berkaitan ilmu hisab dan ia sudah tentunya sedikit mahal.
Untuk mengajar anak kira-kira, tak perlu pun mengeluarkan wang kerana boleh sahaja menggunakan peralatan di rumah seperti mengira lidi, cawan dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa juga boleh mengajar anak matematik menggunakan aplikasi percuma di telefon iaitu Go Math seperti yang dikongsi oleh Puan Hanis Athirah Rusli di laman Facebook.
GUNA APLIKASI MATEMATIK ‘GO MATH’ INI UNTUK ANAK

Bila anak dah faham konsep tambah, saja nak uji minda anak pula. Biasa buat santai-santai dalam kereta ke, dekat rumah je sebut secara rawak je operasi matematik dan mereka jawab.
Berebutlah dua beradik jawab lepas tu ada lah drama pula bila ada yang menang dulu jawab cepat. kebetulan semalam saja-saja scroll play store terjumpa aplikasi ni.

Test…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: