PETALING JAYA – Setel telah dilantik oleh Kementerian Kewangan sebagai salah satu penyedia perkhidmatan e-Dompet untuk program eBeliaRahmah, bagi menyokong usaha kerajaan untuk meringankan beban kewangan serta membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.
Mulai 26 Jun hingga 31 Ogos 2023, belia Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar
Malaysia sepenuh masa yang berdaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia layak menuntut kredit eBeliaRahmah RM200 secara one-off melalui aplikasi Setel.
Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan berkata, pihaknya berbesar hati untuk menyokong program eBeliaRahmah, selari dengan tujuan syarikat untuk memupuk budaya masyarakat tanpa tunai dan mempromosikan transaksi kewangan yang lebih selamat dan efisien.
Diperkasa dengan penerimaan di lebih 1.6 juta kedai runcit di seluruh negara dan di rangkaian stesen minyak terbesar yang merangkumi lebih 1,000 stesen Petronas di seluruh negara, belia yang layak, boleh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: