Site icon Kool FM

Guna kad kredit boleh menang hadiah RM125,000


PETALING JAYA – Bank Rakyat menawarkan hadiah menarik bernilai lebih RM125,000 secara keseluruhan menerusi Kempen Ratu Muslimah khusus buat 30 pelanggan bertuah yang berbelanja menggunakan Kad Kredit-i Muslimah Bank Rakyat
bermula 8 Mac sehingga 31 Mei 2022 bersempena Hari Wanita Sedunia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, pelanggan boleh menyertai kempen ini dengan hanya melakukan sebarang jenis transaksi pembayaran runcit menggunakan Kad Kredit-i Muslimah Bank Rakyat dan
mereka berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan menerusi dua kategori iaitu Kempen Amaun dan Kempen Transaksi.

“Bagi Kempen Amaun, 15 pelanggan bertuah yang melakukan minimum RM3,000 transaksi pembayaran runcit sepanjang tempoh kempen akan  berpeluang memenangi hadiah berupa peralatan memasak pintar, Thermomix.

“Kempen Transaksi pula menawarkan hadiah berupa pengering rambut jenama Dyson kepada 15 lagi pelanggan bertuah yang melakukan minimum 30 transaksi pembayaran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version