Pada hari semalam kisah sebuah BMW milik seorang wanita mengalami masalah suhu naik mendadak dan ada lelaki menggunakan telur untuk ‘menampal’ tangki air radiator yang bocor. Kisah yang tular itu telah meraih pelbagai reaksi netizen, ada yang bersetuju dengan cara tersebut, ada juga yang risau ia boleh menyebabkan kereta itu mengalami kerosakan yang lebih teruk.
Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:
Hal ini telah menarik perhatian Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal, atau lebih dikenali sebagai ‘Dr. Aid Fawzal’ untuk mengupas perkara itu dengan lebih lanjut. Menurut beliau, memang cara tersebut boleh digunakan dan sudah menjadi kebiasaan buat para mekanik bengkel pada zaman dahulu.
Nyata Dr. Aid lagi, beliau juga pernah berbuat perkara sama sebelum ini. Namun cara tersebut boleh digunakan untuk sementara waktu sahaja — sementara kereta boleh bergerak sampai ke bengkel — bukanlah satu solusi untuk jangka masa panjang.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: