Site icon Kool FM

Guru Di Ipoh Buat Perkara Tak Senonoh Kepada Pelajar 12 Tahun Ditahan Polis


Seorang guru pembantu di sebuah sekolah rendah di Perak telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun, lapor Malay Mail.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, guru yang berusia 37 tahun itu telah ditahan pada 11 Oktober lalu selepas ibu mangsa pelajar 12 tahun itu tampil membuat laporan polis.

Ibu mangsa yang berumur 47 tahun mendakwa anak perempuannya telah dicabul apabila suspek memeluk serta mencium bibir mangsa.

Selain itu, suspek juga didakwa menghantar gambar lucah kepada mangsa melalui telefon.

Datuk Azizi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Perak turut mendedahkan bahawa siasatan awal menunjukkan suspek sering mengganggu mangsa sejak beberapa bulan lalu.

Walaupun suspek hanya berkhidmat di sekolah tersebut selama lapan bulan, dia dilaporkan kerap mengganggu murid terbabit.

Namun, apabila ditanya sama ada terdapat laporan lain berkaitan suspek,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version