Site icon Kool FM

Guru Putih Mata Wang Bantuan Awal Sekolah RM 109,000 Lesap, Cermin Kereta Dipecah


Terbaharu, seorang guru berputih mata selepas wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Kajang, Selangor hilang apabila dilarikan penjenayah. Banyak tu!

Baca juga: “Nafkah Ikut Kemampuan Suami, Bukan Kehendak Isteri”- Peguam Tampil Jelas Mitos Undang-Undang Syariah

GURU PUTIH MATA WANG BANTUAN AWAL SEKOLAH LESAP

Menurut laporan Berita Harian, difahamkan wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.17 tengah hari tadi, ketika guru berkenaan mengeluarkan wang bantuan awal persekolahan dari sebuah bank di pekan Semenyih yang sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya esok.

“Guru berusia 50 tahun itu berseorangan mengeluarkan wang tunai berjumlah kira-kira RM109,000 dari sebuah bank di kawasan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version