Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Gyokeres Beri Amaran Sweden Perlu “Hampir Sempurna” Bagi Pertembungan Piala Dunia Lawan Perancis

today29 June 2026

Background
Sweden


Viktor Gyokeres memberi amaran kepada skuad Sweden pada Ahad bahawa mereka perlu beraksi “hampir sempurna” di bahagian pertahanan jika mahu melakar kejutan ke atas Perancis dalam pusingan 32 terakhir Piala Dunia.

Naib juara 2022, Perancis, menjadi pilihan utama untuk menewaskan Sweden apabila kedua-dua pasukan bertemu pada hari Selasa di New Jersey.

Bercakap di kem latihan Sweden di Dallas, penyerang Arsenal, Gyokeres langsung tidak cuba memperkecilkan skala cabaran yang bakal dihadapi pasukannya.

“Kami harus berada pada tahap terbaik, memastikan organisasi pertahanan kami hampir sempurna dan sudah tentu, memanfaatkan setiap peluang yang bakal diperoleh,” kata beliau.

Sweden meloloskan diri ke pusingan kalah mati, membelasah Tunisia 5-1 sebelum tewas kepada Belanda dengan keputusan yang sama.

Skuad kendalian Graham Potter, yang terpaksa mengharungi pusingan play-off untuk layak ke Amerika Utara, berjaya melepasi peringkat kumpulan selepas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: AFP Wire


Previous post

Luar Negara

Gelombang haba di Perancis: 1,000 maut dalam 5 hari

Istanbul: Perancis merekodkan lebih 1,000 kematian sejak 24 Jun apabila gelombang haba luar biasa melanda sebahagian besar negara itu, menurut angka awal yang dikeluarkan pada Ahad oleh agensi kesihatan awam negara, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar tempatan. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today29 June 2026