Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Had usia akses pengeluaran KWSP perlu dinaikkan – Bank Dunia

today30 October 2025

Background


PETALING JAYA – Bank Dunia mencadangkan supaya had usia bagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinaikkan secara berperingkat daripada umur 55 tahun ketika ini.

Menerusi laporannya bertajuk Should Malaysia expand its social pension? Global evidence, design issues and options yang diterbitkan hari ini, akses KWSP pada usia 55 tahun adalah sangat rendah bagi negara dengan demografi seperti Malaysia.

“Gabungan had umur akses yang rendah dan baki median KWSP yang rendah pada had umur akses bermakna ramai ahli KWSP berpendapatan rendah telah menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas mengakses akaun mereka.

“Pada tahun 2022, KWSP menganggarkan hanya 18 peratus ahli lelaki dan 12 peratus ahli wanita mencapai had simpanan asas sebanyak RM240,000 menjelang umur 55 tahun.

“Memandangkan perlindungan KWSP semasa dan median pengumpulan dana persaraan yang rendah, pencen sosial yang diperluas harus dipertimbangkan untuk melindungi warga…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post