
Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun kurang selesa apabila dirinya digelar sebagai pendakwah atau agamawan meskipun sinonim dengan imej Islamik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Anak Angkat Saya Sudah Mula Bertanya Siapa Ibunya’ – Hafiz Hamidun
Gelaran pendakwah


Ketika ditemui OhBulan!, Hafiz atau nama lengkapnya Muhammad Hafiz Hamidun, 42, mengakui gelaran-gelaran seperti itu datang dengan tanggungjawab yang besar iaitu melibatkan agama.
Saya sebenarnya tak nak orang panggil dengan gelaran-gelaran yang berat. Contohnya ustaz, pendakwah, Imam Muda, Da’i dan sebagainya.
Sebab gelaran ini ia datang dengan bebanan yang sangat berat. Kita pun sedia maklum, banyak kes-kes melibatkan personaliti-personaliti Islamik.
Menurut Hafiz, setiap bidang mempunyai cabaran tersendiri, namun bidang yang berteraskan Islam memerlukan lebih banyak perkara untuk diberi perhatian terutama dalam soal menjaga nama baik agama.
Saya tak mahu agama kita dipandang tak elok atau istilah sekarang ini menunggang….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: