Site icon Kool FM

Hafiz Suip Terima Tekanan Dari Peminat Untuk Kalahkan Aina Abdul & Ernie Zakri


Ketika ditemui di sesi Mega Live AJL 39 malam tadi, Hafiz memberitahu kembalinya dia ke pentas AJL, dia akui mendapat sedikit tekanan daripada suara-suara peminat yang berharap dia untuk mengalahkan peserta lain seperti Aina Abdul dan Ernie Zakri

Selain itu, Hafiz juga memberi bayangan bahawa dia akan memberi kelainan yang tersendiri dalam membawa lagu Terus Bersinar di pentas akhir AJL 39.

“Kali ini saya buat something yang tak minimalis, selalunya saya buat yang minimalis, dan sesuatu yang saya sendiri tak pernah buat.

“Diorang pressure saya dengan kata Hafiz, kau kalahkan Ernie, kau kalahkan Aina, kau kalahkan semualah artis yang diorang sebut.

“Tetapi saya ambil itu positif, bagi saya itulah kemeriahan AJL di mana itulah pertandingan secara sihat dan inilah kerinduan yang saya rasa,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version