Site icon Kool FM

Hafizul Hakim Jaga Gawang Gol Penang Musim Depan




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Persoalan mengenai destinasi bekas penjaga gol utama Perak, Hafizul Hakim akhirnya terjawab apabila Kelab Bola Sepak Penang (PFC) hari ini mengumumkannya sebagai pemain baharu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Kehadiran Hafizul menamatkan pencarian Penang untuk posisi penjaga gol utama selepas mereka kehilangan khidmat Sam Somerville yang berhijrah ke lembah klang menyertai Selangor.

FOTO: Penang FC

Penjaga gol yang berusia 28 tahun ini mempunyai rekod 96 penampilan dengan pasukan Perak sejak musim 2016. Antara pencapaian terbaiknya bersama Perak ialah membantu pasukan itu raih gelaran naib juara Liga Super 2018 dan menjuarai Piala Malaysia pada tahun yang sama.

Hafizul pernah menerima panggilan pertamanya untuk menyertai skuad Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan menentang pasukan Indonesia pada 6 September 2016 di Stadium Manahan, Solo. Bagaimanapun dia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version