Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Haily bakal bangunkan projek kediaman bernilai RM27.21 juta

today3 November 2021

Background


PETALING JAYA – Haily Group Berhad (Haily) melalui anak syarikat milik penuhnya, Haily Construction Sdn. Bhd. telah menerima surat setuju terima (LA) daripada  Gunung Impian Development Sdn. Bhd. (Gunung Impian)  untuk membangunkan projek rumah teres di Tebrau, Johor bernilai RM27.21 juta.

Pengarah Eksekutif Kumpuan Haily, See Tin Hai,  LA bagi projek yang siap sepenuhnya menjelang awal Disember 2022 itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Kumpulan sepanjang tempoh projek tersebut.

Menurutnya, projek berkenaan melibatkan pembinaan 176 unit rumah teres satu tingkat dan satu unit pusat tunggal sub stesen Tenaga Nasional Berhad.

“Rekod Kumpulan dalam mendapatkan kontrak baharu memberi petanda yang baik untuk prospek pada masa depan.

“Kami akan terus menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan mengikut jadual yang ditetapkan dan dalam masa yang sama memberi pulangan yang baik kepada pemegang taruh,” katanya dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post