Site icon Kool FM

Haily dapat projek terbesar di Meridin East, Johor


PETALING JAYA – Haily Group Berhad (Haily) telah memperoleh kontrak bernilai RM52.30 juta daripada Meridin East Sdn. Bhd. (Meridin East) , anak syarikat milik penuh Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) untuk membina 283 rumah teres dua tingkat di Iskandar Malaysia, Johor.

 Projek tersebut adalah kontrak ketiga daripada Mah Sing dan juga merupakan kontrak terbesar Kumpulan sejak penyenaraiannya pada Julai 2021.

 Surat anugerah yang di terima daripada Meridin kepada anak syarikat Kumpulan Haily iaitu Haily Construction Sdn. Bhd. adalah untuk membina 283 unit rumah teres di Parcel 1C di Meridin East. 

Meridin East adalah perbandaran bersepadu terbesar Mah Sing di Gerbang Timur Iskandar Malaysia.

Bagi keseluruhan projek, Haily bertanggungjawab, antara lain, untuk pembangunan, mekanikal dan elektrikal, infrastruktur dan kerja-kerja landskap.

Kontrak itu melibatkan dua fasa pembinaan yang mana di bawah fasa satu,  Haily akan membina sejumlah 128 unit rumah teres dua tingkat (termasuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version