Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Haily peroleh kontrak RM40.67 juta daripada Senibong

today21 December 2021

Background


PETALING JAYA – Haily Group Berhad (Haily) melalui  anak syarikat milik penuhnya Haily Construction Sdn. Bhd. (Haily Construction) telah memperoleh kontrak RM40.67 juta daripada Austin Senibong Development Sdn Bhd. (Senibong).

Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia Securities Berhad, Kumpulan berkata, kontrak tersebut membabitkan cadangan pembinaan dan penyiapan 99 unit pejabat kedai tiga  tingkat, satu unit pencawang TNB dan empat  unit pencawang kompak Tenaga Nasional Berhad di Tebrau, Johor Bahru, Johor.

Pengarah Eksekutif Haily, Encik See Tin Hai berkata, tempoh keseluruhan projek adalah 20 bulan dan kerja-kerja dijangka dimulakan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat anugerah.

“Kontrak terbaharu ini akan meningkatkan nilai projek kami yang kini berjumlah RM557.89 juta, melibatkan 22 projek pembinaan bangunan dan dua projek pembinaan berkaitan kejuruteraan awam yang sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Tin Hai menjelaskan, buku pesanan Kumpulan akan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Famili

“Terharu & Sebak Tengok Satu Malaysia ‘Turun Padang’ Tak Kira Bangsa”

Apa yang terjadi dalam kejadian banjir yang berlaku di Selangor, Pahang, Perak, Kelantan dan beberapa lagi negeri seperti Melaka dan Negeri Sembilan baru-baru ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan. Begitu ramai yang terkesan dengan banjir kali ini, di mana hujan yang turun difahamkan melebihi jumlah hujan dalam setahun. Ramai yang terperangkap di rumah dan […]

today21 December 2021